BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 26, 2009

kajian tindakan

kajian tindakan ialah satu proses, pendekatan atau langkah-langkah yang digunakan untuk menganalisis data untuk mendapatkan atau meningkatkan kefahaman tentang isu-isu tertentu.



Langkah Tindakan
1 Mengenalpasti masalah / fokus / Isu
2 Mengumpul Data
3 Menganalisa data / membentuk persoalan kajian
4 Merancang Pelan Tindakan
5 Melaksanakan Pelan Tindakan
6 Mengumpul data untuk mengesan perubahan
7 Menganalisis dan menilai
8 Penilaian Impak



Proses Menjalankan Kajian Tindakan

Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:

Proses Tindakan

Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2 Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti.
Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3 Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )
Proses 4 Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )
Proses 5 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 Bertindak ( melaksanakan rancangan )
Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7 Memerhati ( mengumpul bukti )
Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

• Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.

• Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.

• Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.

• Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.

• Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )
• Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.
• Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.
• Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )

contoh kajian tindakan
Kajian untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.