BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 12, 2009

KULIAH 3

TEORI PERUBAHAN

Perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan kita seharian.Tiada sesuatu di dunia ini kekal dan tidak berubah. Begitu juga dalam bidang pendidikan, perubahan dalam bidang pendidikan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Jenis-jenis perubahan.

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:

a)Perubahan ke arah peningkatan.

Perubahan ini merujuk kepada perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, pentadbiran dan kewujudan teknologi baru.

b)Perubahan strategik organisasi.

Perubahan ini melibatkan perubahan keseluruhan organisasi.Contohnya seperti mendefinisikan semula peranan organisasi dan perubahan nilai teras organisasi.

c)Perubahan Reaktif.

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders),Contohnya perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

d) Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan ini dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah: Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah, persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan dan perubahan dalam trend tenaga kerja.

Perubahan adalah kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.
Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan perubahan secara revolusi adalah perubahan yang pantas, perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.


Aktiviti kumpulan :

Terangkan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaian.

1.Perubahan yang tidak pasti

Ini kerana perubahan yang tidak pasti ini boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan dan ia juga berkemungkinan akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

2. Perubahan yang drastik

Perubahan ini tidak dapat diterima kerana ia berlaku secara spontan dan mendadak.

3. Perubahan yang mengancam keselamatan.

Perubahan ini tidak dapat diterima oleh seseorang individu atau masyarakat kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan dan mengancam keselamatan mereka.


4. Perubahan yang kompleks.

Perubahan ini menyebabkan seseorang itu keliru dalam membuat pilihan.

5. Tahap pemikiran berbeza

Seperti yang telah kita sedia maklum, manusia mempunyai tahap pemikiran yang berbeza, tahap pemikiran yang berbeza ini menyebabkan seseorang itu menentang sesuatu perubahan, mereka akan menentang sesuatu perubahan sekiranya perubahan tersebut tidak dipersetujui oleh mereka.

6.Faktor budaya

Penentangan terhadap sesuatu perubahan akan berlaku sekiranya perubahan tersebut bertentangan dengan adat dan kepercayaan sesuatu kaum.

7.Faktor berkepentingan

Penentangan akan berlaku sekiranya perubahan tersebut bertujuan untuk kepentingan sebelah pihak sahaja dan ianya memberi keuntungan sebelah pihak.

8. Perubahan yang tidak bermanfaat

Sesuatu perubahan itu akan ditentang sekiranya tidak mendatangkan faedah kepada semua pihak dan ianya hanyalah demi keuntungan dan keseronokan semata-mata.

JALAN PENYELESAIAN

1. Hendaklah memastikan bahawa setiap perubahan dilakukan adalah mempunyai kesan yang positif kepada semua.

2. Melakukan penyelidikan sebelum melakukan perubahan terhadap sesuatu perkara dengan merancang, mengumpul data @ maklumat, membuat kajian, refleksi dan sebagainya agar perubahan tersebut diterima.

3. Penyelidikan hendaklah dilakukan meliputi pelbagai aspek persekitaran, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya.

4. Jika perubahan yang terlalu kompleks hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil agar senang untuk mencapai objektifnya.

5. Kita hendak melihat perubahan yang berlaku adalah positif dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku.

0 comments: