BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN.

Tajuk buku : Action Research in Education.
Pengarang: Ernie Stringer.
Tahun: 2004
Tempat terbit: Upper Saddle River,New Jersey Colombus ,Ohio. Pearson Merril Prentice Hall

1.0 KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini mendefinasikan kajian tindakan sebagai satu proses penyiasatan yang sistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu isu atau fenomena.

Menurut Kemmis dan Mctaggart (1988) menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk penyelidikan koleksi relektif kendiri yang dilakukan oleh penyelidik untuk meningkatkan kewajaran dan keadilan sosial diri mereka sendiri dan amalan pendidikan.

Kajian tindakan ini berasal daripada kajian biasa yang menitikberatkan kepada satu proses kitaran, dinamik dan pendekatan kolaboratif dalam penyiasatan.

Melalui kitaran perancangan, tindakan, pemerhatian dan reflek, guru dapat melakukan perubahan dalam amalan-amalan tindakan sosial yang menuju ke arah penambahbaikan.

Antara proses kajian tindakan termasuklah;
a) Rekabentuk kajian.
b) Pengumpulan data,
c) Analisis data
d) Hasil komunikasi
e) tindakan

2.0 MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

a) Tujuan guru melakukan kajian tindakan ialah untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan pemahaman yang baru yang membolehkan mereka memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang penting di dalam bilik darjah dan sekolah.

b) Kajian tindakan dapat menggalakkan guru menyelesaikan masalah dan amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

c) Menggalakkan guru melakukan perubahan dalam amalan-amalan tindakan sosial yang menuju ke arah penambahbaikan.

3.0 REKABENTUK KAJIAN

Sebagai guru atau penyelidik yang terlibat dengan kajian tindakan, seseorang guru itu harus mempunyai maklumat yang jelas tentang penyelidikan yang bakal dijalankan . Untuk mulakan kerja penyelidikan, mereka akan merekabentuk kajian dan menyenaraikan satu pelan tindakan atau perancangan akan di lakukan semasa melakukan kajian.Reka bentuk tersebut termasuklah:

a) membina gambaran awal iaitu proses mengenalpasti masalah dan populasi yang terlibat dalam masalah yang bakal di kaji

b) fokus iaitu menyaring kenyataan permasalahan kajian, permasalahan kajian dan objektif kajian.
c) Rangka: mengadakan skop kajian
d) Membuat kajian kepustakaan awal
e) Persampelan: prosedur untuk mengenalpasti peserta projek.
f) Sumber data:Kenalpasti kumpulan stakeholder,tempat, rekod statistik
g) Bentuk data : Jenis maklumat yang dikemukakan dalam kajian seperti transkrip temuramah, rekod pemerhatian, laporan kajian, rekod sekolah
h) Prosedur pengumpulan data iaitu bagaimana maklumat itu dikumpul
i) Prosedur analisis data
j) Etika iaitu langkah yang diambil untuk memastikan tidak ada unsur bahaya yang masuk dalam kajian
k) Kesahan : Prosedur yang digunakan untuk meningkatkan kekuatan penyelidikan atau kajian.

Setting kajian.

Kajian tindakan ini diaplikasikan secara meluas dalam konteks bilik darjah, sekolah dan masyarakat.

4.TEKNIK PENGUMPULAN DATA.

Sebahagian daripada tujuan utama kajian ialah untuk mengumpul data.Proses pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai teknik atau kaedah, antaranya ialah teknik temubual, pemerhatian dan kajian kepustakaan.

a) Temubual
temubual adalah alat utama yang digunakan untuk mendapatkan data, ia menyediakan peluang kepada pihak yang berkepentingan untuk bertindak balas terhadap pengalaman mereka.

Antara ciri-ciri proses temubual adalah seperti berikut:
a) Temubual permulaan
b) Grand tour question untuk mencungkil penglibatan jawapan-jawapan
c) Mini-tour dan promt question untuk menambah penyertaan jawapan-jawapan
d) Teknik yang istimewa untuk bekerja bersama kanak-kanak.
e) Fokus kepada kumpulan untuk bekerja secara kolaboratif.

b) Teknik pemerhatian
Maklumat juga boleh diperoleh melalui pemerhatian

c) Tinjauan artifak ianya termasuklah rekod dan dokumen.

5.0 TEKNIK ANALISIS DATA

Antara tujuan analisis data ialah
a) untuk mengurangkan atau mengecilkan kuantiti data yang terlalu besar.
b) untuk meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu isu.

Buku ini mempersembahkan dua jenis analisis data iaitu

a) Analisis epiphani
1- pilih populasi dalam setiap kumpulan stakeholder
2- tinjau data bagi setiap orang yang dipilih
3- untuk tiap satu, kenalpasti pengalaman penting
4-kenalpasti ciri utama pengalaman
5-kenalpasti ciri pengalaman yang bersatu dengan setiap ciri
6-Guna ciri dan elemen yang dikenalpasti untuk membentuk satu konsep rangka kerja dan
idea .
7. Adakan perhubungan: kenalpasti persamaan dan perbezaan antara ciri atau elemen dalam
pengalaman stakeholder.

b) Pengkategorian dan pengkodan
1.Meninjau data temuramah unruk setiap kumpulan tertentu
2. Menyatukan data: bahagikan ia mengikut unit yang bermakna
3.Membentuk kategori, subkategori dan mengenalpasti bentuk tema, hubungan, orang ramai.
4. Satukan ia dalam satu sistem kategori
5. Lengkapkan analisis dengan maklumat bukan temubual
6.Guna sistem kategori untuk melengkapkan satu rangkakerja untuk laporan.


6.0 ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN

Dalam menjalani proses penyelidikan, seseorang itu tidak dapat melarikan diri dari berdepan dengan isu etika. Isu itu berlaku dalam setiap peringkat penyelidikan, bermula daripada peringkat pertama penyelidikan sehinggalah ke peringkat perkongsian hasil dapatan. Antara etika-etika perlu dipatuhi dalam penyelidikan ialah:

1) Kerahsiaan
Apabila seseorang bercakap dalam tempoh waktu yang lama,mereka selalunya akan bercakap perkara yang sangat peribadi dan berkemungkinan juga mereka akan mendedahkan sesuatu maklumat tanpa disedari, satu perkara yang utama dalam kajian tindakan ialah melindungi kerahsiaan responden, ini bermakna bahawa identiti dan butir peribadi responden haruslah dirahsiakan. Dalam konteks tertentu, adalah lebih baik jika kita menganggap bahawa semua maklumat adalah rahsia.

2) Kebenaran.
Setiap kajian yang dilakukan haruslah didahului dengan kebenaran.Kebenaran tidak diperlukan apabila guru membuat kajian tindakan secara terus di sekolah,akan tetapi kebenaran diperlukan apabila guru membuat kajian yang melibatkan kakitangan sekolah, ibu bapa. Kebenaran ini penting supaya tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan.

3) Ada keizinan daripada responden

Dalam kebanyakan situasi, protokol memerlukan penyelidik untuk terlibat dalam proses meminta keizinan daripada responden. Penyelidikan ini memerlukan penyelidik dan lain-lain terlibat dalam pengumpulan data untuk:
a) Memaklumkan kepada setiap sampel sifat dan tujuan kajian
b) Bertanya samaada mereka berminat menyertai.
c) Meminta kebenaran untuk merekod data
d) Memberi jaminan kepada mereka tentang kerahsiaan maklumat.
e) Meminta mereka untuk membuat satu dokumen untuk mengesahkan kebenaran

7.0 KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Menurut buku ini,kesahan kajian tindakan boleh disahkan melalui beberapa presedur kebolehpercayaan, kebolehpindahan, kebergantungan, penglibatan dan kebergunaan .Semua ini boleh diperoleh melalui:
1.Pengurusan berterusan : Tempoh proses kajian
2.Pemerhatian berterusan : Bilangan dan tempoh pemerhatian atau temuduga
3.Triangulasi :Keseluruhan sumber data termasuklah tempat pemerhatian, temubual stakeholder dan tinjauan bahan.


8.0 PENILAIAN TERHADAP KESELURUHAN BUKU

Setelah melihat dan membaca keseluruhan buku ini,di dapati buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin melakukan kajian tindakan.Topik utama dan subtopiknya disusun scara turutan.Buku ini juga menjelaskan secara terperinci tentang kajian tindakan, ianya bermula daripada tujuan kajian sehinggalah kepada cara mengumpul data, menganalisis data, membuat laporan.

0 comments: