BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 5, 2009

ULASAN JURNAL

JURNAL 1:

Using students interviews to guide classroom instruction: An Action Research Project.

SAMPEL KAJIAN

Pelajar sekolah rendah Jefferson, Oregon.

SETTING KAJIAN

Kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah.

PROSEDUR KAJIAN

- Ahli kumpulan penyelidik menemubual seorang pelajar secara individu, manakala yang selebihnya mengikuti satu program aktiviti tambahan.

- Semasa menemubual, ahli kumpulan penyelidik menggunakan pelbagai jenis permasalahan untuk mengenalpasti children’s mathematics : cognitively guided Instruction.Selain itu, guru menggunakan kedua-dua penyiasatan dan soalan utama untuk menambah wawasan pemikiran para pelajar.Akhir sekali, beberapa orang daripada ahli kumpulan penyelidik merakam setiap temubual yang dijalankan.

-`Kumpulan penyelidik menjalankan dua set temubual,pertama pada musim luruh dan yang kedua pada musim bunga tahun 1999-2000.

-Kumpulan penyelidik berkongsi keputusan temubual bersama dengan kumpulan yang selebihnya dan menerangkan kesan temubual terhadap classroom instruction.

-Kesemua keputusan ini dirumuskan dengan menggunakan teknik pengumpulan data kualitatif.


PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pengumpulan data, penyelidik mengumpul semua maklumat melalui kaedah temubual pelajar.

PENGANALISISAN DATA

Dalam kajian ini, penyelidik menganalisa data selepas lima tahun perlaksanaan projek ini.

jurnal 2:

Behavior problems in children with language impairment (John van Daal, Sint Marie Center for Children with Auditory or Communication Problems, Eindhoven, The Netherlands, Ludo Verhoeven, Behavioral Science Institute,Radboud University Nijmegen, Hans van Balkom, Expert Center for Atypical Communication, Radboud University Nijmegen, The Netherlands).

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini melibatkan 71 orang pelajar yang berumur 5 tahun yang dipilih secara rawak dari sekolah pendidikan khas yang mempunyai masalah bahasa (language impairment) Sekolah Pendidikan Khas di Netherland.

SETTING KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas (dalam dan luar bilik darjah)

PROSEDUR KAJIAN
Dalam prosedur kajian, Pengkaji telah menggunakan
a) kaedah 'Dutch Research and Development Platform Language Problem'.

b) menggunakan soal selidik tingkah laku.

c) menggunakan ujian bahasa (percakapan, pandangan umum, semantik,
pramatik) setiap daripada elemen bahasa yang dinyatakan seperti percakapan semantik mempunyai ujian masing-masing.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam masalah bahasa (language impairment), penyelidik menggunakan ujian intensif bahasa manakala dalam masalah tingkahlaku( behavior problems ) penyelidik menggunakan ujian senarai semak tingkah laku kanak-kanak.



PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pengumpulan data, penyelidik mengumpul semua maklumat hasil senarai semak dan ujian yang dijalankan.

ANALISIS DATA
Dalam kajian ini, penyelidik menganalisa data berasaskan 3 soalan asas iaitu:

1) what does the language proficiency profile for five-year old children with LI look like and can the language factors speech, phonology, lexical-semantics and syntax be
distinguished?

2) to what do the children show behavior problems?

3) what are the relations between the underlying language
factors and behaviors problems observed?

Untuk soalan pertama, beliau menggunakan statistik penghuraian bahasa, untuk soalan kedua, beliau menggabungkan skor daripada hasil ujian yang dilakukan dan soalan ketiga, beliau menggunakan kolarasi antara faktor perbezaan bahasa
dengan skala skor CBCL.


JURNAL 3

The Action Research Endeavors of six classroom teachers and their perceptions of action research.

SAMPEL KAJIAN.

Kajian ini melibatkan enam orang guru kelas. dua orang guru sekolah rendah, dua orang guru sekolah menengah dan dua orang guru sekolah tinggi.

SETTING KAJIAN

Kajian ini dilakukan di dalam bilik darjah,di sekolah pedalaman, sekolah pinggir kota dan sekolah di bandar.

PROSEDUR KAJIAN

Pertama: Dua orang guru mengkaji tentang bagaimana kurikulum baru AIDS yang efektif boleh membantu pelajar darjah empat menimba ilmu tentang virus HIV dan kesan pendekatan teras matematik dan sains di ajar dalam satu interdisciplinary way. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah pra ujian, post ujian dan kaedah tinjauan terhadap tingkahlaku para pelajarnya melalui 30 item skala likert.

Kedua: Tiga orang guru melakukan kajian tindakan berdasarkan kajian kepustakaan.Penyelidik melakukan kajian tindakan ini setelah mereka membaca jurnal tentang pengajaran berasaskan komputer dan mereka berminat untuk melakukan kajian tindakan.

Ketiga:Guru yang selebihnya melakukan kajian tindakan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Contohnya guru ini menjalankan kajian tindakan berdasarkan pengalaman mereka terlibat dalam pembelajaran secara kooperatif.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menjelaskan tentang kajian tindakan yang dilakukan oleh enam orang guru. Dua orang guru mengkaji tentang keberkesanan pembaharuan keseluruhan sekolah seperti mewujudkan kokurikulum baru tentang AIDS dan mewujudkan satu pendekatan teras matematik dan sains.Tiga orang mengkaji secara meluas tentang pengunjuran pendekatan kajian kepustakaan seperti pengajaran berasaskan komputer, pembelajaran masteri, pembelajaran berasaskan kaedah metakognitif.Guru yang lain membuat pemerhatian siapakah yang lebih cenderung untuk menjadi pembimbing atau ketua dalam aktiviti pembelajaran kooperatif.

PENGUMPULAN DATA

Proses pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif didalam kajian ini diperoleh daripada hasil perbandingan pra-ujian dan post-ujian ,video rakaman , kajian tinjauan, kajian kepustakaan dan pencapaian yang berorientasikan pelajar.

PENGANALISISAN DATA

Proses penganalisisan data dilakukan berdasarkan hasil proses penambahbaikan yang diperolehi berdasarkan kajian tindakan pada masa akan datang.

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN.

Tajuk buku : Action Research in Education.
Pengarang: Ernie Stringer.
Tahun: 2004
Tempat terbit: Upper Saddle River,New Jersey Colombus ,Ohio. Pearson Merril Prentice Hall

1.0 KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini mendefinasikan kajian tindakan sebagai satu proses penyiasatan yang sistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu isu atau fenomena.

Menurut Kemmis dan Mctaggart (1988) menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk penyelidikan koleksi relektif kendiri yang dilakukan oleh penyelidik untuk meningkatkan kewajaran dan keadilan sosial diri mereka sendiri dan amalan pendidikan.

Kajian tindakan ini berasal daripada kajian biasa yang menitikberatkan kepada satu proses kitaran, dinamik dan pendekatan kolaboratif dalam penyiasatan.

Melalui kitaran perancangan, tindakan, pemerhatian dan reflek, guru dapat melakukan perubahan dalam amalan-amalan tindakan sosial yang menuju ke arah penambahbaikan.

Antara proses kajian tindakan termasuklah;
a) Rekabentuk kajian.
b) Pengumpulan data,
c) Analisis data
d) Hasil komunikasi
e) tindakan

2.0 MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

a) Tujuan guru melakukan kajian tindakan ialah untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan pemahaman yang baru yang membolehkan mereka memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang penting di dalam bilik darjah dan sekolah.

b) Kajian tindakan dapat menggalakkan guru menyelesaikan masalah dan amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

c) Menggalakkan guru melakukan perubahan dalam amalan-amalan tindakan sosial yang menuju ke arah penambahbaikan.

3.0 REKABENTUK KAJIAN

Sebagai guru atau penyelidik yang terlibat dengan kajian tindakan, seseorang guru itu harus mempunyai maklumat yang jelas tentang penyelidikan yang bakal dijalankan . Untuk mulakan kerja penyelidikan, mereka akan merekabentuk kajian dan menyenaraikan satu pelan tindakan atau perancangan akan di lakukan semasa melakukan kajian.Reka bentuk tersebut termasuklah:

a) membina gambaran awal iaitu proses mengenalpasti masalah dan populasi yang terlibat dalam masalah yang bakal di kaji

b) fokus iaitu menyaring kenyataan permasalahan kajian, permasalahan kajian dan objektif kajian.
c) Rangka: mengadakan skop kajian
d) Membuat kajian kepustakaan awal
e) Persampelan: prosedur untuk mengenalpasti peserta projek.
f) Sumber data:Kenalpasti kumpulan stakeholder,tempat, rekod statistik
g) Bentuk data : Jenis maklumat yang dikemukakan dalam kajian seperti transkrip temuramah, rekod pemerhatian, laporan kajian, rekod sekolah
h) Prosedur pengumpulan data iaitu bagaimana maklumat itu dikumpul
i) Prosedur analisis data
j) Etika iaitu langkah yang diambil untuk memastikan tidak ada unsur bahaya yang masuk dalam kajian
k) Kesahan : Prosedur yang digunakan untuk meningkatkan kekuatan penyelidikan atau kajian.

Setting kajian.

Kajian tindakan ini diaplikasikan secara meluas dalam konteks bilik darjah, sekolah dan masyarakat.

4.TEKNIK PENGUMPULAN DATA.

Sebahagian daripada tujuan utama kajian ialah untuk mengumpul data.Proses pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai teknik atau kaedah, antaranya ialah teknik temubual, pemerhatian dan kajian kepustakaan.

a) Temubual
temubual adalah alat utama yang digunakan untuk mendapatkan data, ia menyediakan peluang kepada pihak yang berkepentingan untuk bertindak balas terhadap pengalaman mereka.

Antara ciri-ciri proses temubual adalah seperti berikut:
a) Temubual permulaan
b) Grand tour question untuk mencungkil penglibatan jawapan-jawapan
c) Mini-tour dan promt question untuk menambah penyertaan jawapan-jawapan
d) Teknik yang istimewa untuk bekerja bersama kanak-kanak.
e) Fokus kepada kumpulan untuk bekerja secara kolaboratif.

b) Teknik pemerhatian
Maklumat juga boleh diperoleh melalui pemerhatian

c) Tinjauan artifak ianya termasuklah rekod dan dokumen.

5.0 TEKNIK ANALISIS DATA

Antara tujuan analisis data ialah
a) untuk mengurangkan atau mengecilkan kuantiti data yang terlalu besar.
b) untuk meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu isu.

Buku ini mempersembahkan dua jenis analisis data iaitu

a) Analisis epiphani
1- pilih populasi dalam setiap kumpulan stakeholder
2- tinjau data bagi setiap orang yang dipilih
3- untuk tiap satu, kenalpasti pengalaman penting
4-kenalpasti ciri utama pengalaman
5-kenalpasti ciri pengalaman yang bersatu dengan setiap ciri
6-Guna ciri dan elemen yang dikenalpasti untuk membentuk satu konsep rangka kerja dan
idea .
7. Adakan perhubungan: kenalpasti persamaan dan perbezaan antara ciri atau elemen dalam
pengalaman stakeholder.

b) Pengkategorian dan pengkodan
1.Meninjau data temuramah unruk setiap kumpulan tertentu
2. Menyatukan data: bahagikan ia mengikut unit yang bermakna
3.Membentuk kategori, subkategori dan mengenalpasti bentuk tema, hubungan, orang ramai.
4. Satukan ia dalam satu sistem kategori
5. Lengkapkan analisis dengan maklumat bukan temubual
6.Guna sistem kategori untuk melengkapkan satu rangkakerja untuk laporan.


6.0 ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN

Dalam menjalani proses penyelidikan, seseorang itu tidak dapat melarikan diri dari berdepan dengan isu etika. Isu itu berlaku dalam setiap peringkat penyelidikan, bermula daripada peringkat pertama penyelidikan sehinggalah ke peringkat perkongsian hasil dapatan. Antara etika-etika perlu dipatuhi dalam penyelidikan ialah:

1) Kerahsiaan
Apabila seseorang bercakap dalam tempoh waktu yang lama,mereka selalunya akan bercakap perkara yang sangat peribadi dan berkemungkinan juga mereka akan mendedahkan sesuatu maklumat tanpa disedari, satu perkara yang utama dalam kajian tindakan ialah melindungi kerahsiaan responden, ini bermakna bahawa identiti dan butir peribadi responden haruslah dirahsiakan. Dalam konteks tertentu, adalah lebih baik jika kita menganggap bahawa semua maklumat adalah rahsia.

2) Kebenaran.
Setiap kajian yang dilakukan haruslah didahului dengan kebenaran.Kebenaran tidak diperlukan apabila guru membuat kajian tindakan secara terus di sekolah,akan tetapi kebenaran diperlukan apabila guru membuat kajian yang melibatkan kakitangan sekolah, ibu bapa. Kebenaran ini penting supaya tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan.

3) Ada keizinan daripada responden

Dalam kebanyakan situasi, protokol memerlukan penyelidik untuk terlibat dalam proses meminta keizinan daripada responden. Penyelidikan ini memerlukan penyelidik dan lain-lain terlibat dalam pengumpulan data untuk:
a) Memaklumkan kepada setiap sampel sifat dan tujuan kajian
b) Bertanya samaada mereka berminat menyertai.
c) Meminta kebenaran untuk merekod data
d) Memberi jaminan kepada mereka tentang kerahsiaan maklumat.
e) Meminta mereka untuk membuat satu dokumen untuk mengesahkan kebenaran

7.0 KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Menurut buku ini,kesahan kajian tindakan boleh disahkan melalui beberapa presedur kebolehpercayaan, kebolehpindahan, kebergantungan, penglibatan dan kebergunaan .Semua ini boleh diperoleh melalui:
1.Pengurusan berterusan : Tempoh proses kajian
2.Pemerhatian berterusan : Bilangan dan tempoh pemerhatian atau temuduga
3.Triangulasi :Keseluruhan sumber data termasuklah tempat pemerhatian, temubual stakeholder dan tinjauan bahan.


8.0 PENILAIAN TERHADAP KESELURUHAN BUKU

Setelah melihat dan membaca keseluruhan buku ini,di dapati buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin melakukan kajian tindakan.Topik utama dan subtopiknya disusun scara turutan.Buku ini juga menjelaskan secara terperinci tentang kajian tindakan, ianya bermula daripada tujuan kajian sehinggalah kepada cara mengumpul data, menganalisis data, membuat laporan.

Friday, May 15, 2009

kuliah 4

KULIAH EMPAT (4)

Oleh: Dr Siti Fatimah Mohd Yassin

Kajian tindakan dalam pendidikan

-Guru mengkaji secara sistematik ke atas suatu amalan bagi tujuan penambahbaikan.Ia merujuk kepada bagaimana suatu kemahiran , teknik dan strategi dapat dipertingkatkan.

Langkah-langkah dalam proses kajian tindakan.
1.Kajian kepustakaan

2.Merumus masalah atau persoalan

3.Merancang pengumpulan data

4.Mengumpul dan menganalisis data

5.Membentuk pelan tindakan

6.Berkongsi pelan tindakan dan dapatan

1.Kajian kepustakaan

Dalam kajian tindakan, kajian kepustakaan adalah penting.Ia adalah sorotan ke atas bahan-bahan seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.Ia dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi penting.

2.Membandingkan dan membezakan

Membanding dan membezakan bermaksud mencari persamaan dan perbezaan.ianya berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti :

-ciri-ciri
-sifat
-kualiti
-unsur sesuatu objek atau peristiwa.

3.Menganalisis

Menganalisis bermaksud mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami satu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
Menganalisis ialah satu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

4. Menilai

Menilai ialah membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kelemahan dan kebaikan berdasarkan dalil atau bukti yang sah.

5. Membuat keputusan

Pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyelesaian.Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan,menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.

6. Mengsintesis.

Mengsintesis ialah menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang baru.

Tuesday, May 12, 2009

KULIAH 3

TEORI PERUBAHAN

Perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan kita seharian.Tiada sesuatu di dunia ini kekal dan tidak berubah. Begitu juga dalam bidang pendidikan, perubahan dalam bidang pendidikan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Jenis-jenis perubahan.

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:

a)Perubahan ke arah peningkatan.

Perubahan ini merujuk kepada perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, pentadbiran dan kewujudan teknologi baru.

b)Perubahan strategik organisasi.

Perubahan ini melibatkan perubahan keseluruhan organisasi.Contohnya seperti mendefinisikan semula peranan organisasi dan perubahan nilai teras organisasi.

c)Perubahan Reaktif.

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders),Contohnya perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

d) Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan ini dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah: Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah, persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan dan perubahan dalam trend tenaga kerja.

Perubahan adalah kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.
Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan perubahan secara revolusi adalah perubahan yang pantas, perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.


Aktiviti kumpulan :

Terangkan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaian.

1.Perubahan yang tidak pasti

Ini kerana perubahan yang tidak pasti ini boleh membawa kepada kebaikan atau keburukan dan ia juga berkemungkinan akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

2. Perubahan yang drastik

Perubahan ini tidak dapat diterima kerana ia berlaku secara spontan dan mendadak.

3. Perubahan yang mengancam keselamatan.

Perubahan ini tidak dapat diterima oleh seseorang individu atau masyarakat kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan dan mengancam keselamatan mereka.


4. Perubahan yang kompleks.

Perubahan ini menyebabkan seseorang itu keliru dalam membuat pilihan.

5. Tahap pemikiran berbeza

Seperti yang telah kita sedia maklum, manusia mempunyai tahap pemikiran yang berbeza, tahap pemikiran yang berbeza ini menyebabkan seseorang itu menentang sesuatu perubahan, mereka akan menentang sesuatu perubahan sekiranya perubahan tersebut tidak dipersetujui oleh mereka.

6.Faktor budaya

Penentangan terhadap sesuatu perubahan akan berlaku sekiranya perubahan tersebut bertentangan dengan adat dan kepercayaan sesuatu kaum.

7.Faktor berkepentingan

Penentangan akan berlaku sekiranya perubahan tersebut bertujuan untuk kepentingan sebelah pihak sahaja dan ianya memberi keuntungan sebelah pihak.

8. Perubahan yang tidak bermanfaat

Sesuatu perubahan itu akan ditentang sekiranya tidak mendatangkan faedah kepada semua pihak dan ianya hanyalah demi keuntungan dan keseronokan semata-mata.

JALAN PENYELESAIAN

1. Hendaklah memastikan bahawa setiap perubahan dilakukan adalah mempunyai kesan yang positif kepada semua.

2. Melakukan penyelidikan sebelum melakukan perubahan terhadap sesuatu perkara dengan merancang, mengumpul data @ maklumat, membuat kajian, refleksi dan sebagainya agar perubahan tersebut diterima.

3. Penyelidikan hendaklah dilakukan meliputi pelbagai aspek persekitaran, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya.

4. Jika perubahan yang terlalu kompleks hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil agar senang untuk mencapai objektifnya.

5. Kita hendak melihat perubahan yang berlaku adalah positif dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku.

Sunday, May 10, 2009

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Pendidikan Islam : bahagian ibadat

Tajuk : Bersuci (najis)

Masalah : cara penyucian 3 peringkat najis iaitu :

a) Najis Mughalazah
b) Najis Mutawasitah
c) Najis Mukhafafah

Dalam proses pengajaran tajuk ini, guru biasanya menggunakan teknik syarahan tentang teori sahaja, ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami dan mengaplikasikan cara penyucian najis dengan betul

Matlamat:

Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik pengajaran yang lebih berkesan.

Objektif:

Menggunakan teknik yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif pengajaran dapat dicapai.

Pelan tindakan

Melakukan proses pengajaran secara amali (praktikal) bagi membolehkan para pelajar mengetahui cara penyucian yang betul.

Menggunakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan contohnya menggunakan power point dan demontrasi cara penyucian yang betul.

Pengumpulan data

-Muhasabah diri,melakukan refleksi terhadap kaedah pengajaran yang digunakan, adakah ianya memberi kesan kepada para pelajar.

-Meminta komen atau maklum balas daripada para pelajar dan rakan sekerja.

Pemantauan

-Komen daripada para pelajar

-Komen daripada rakan sekerja

-Melihat kepada objektif pengajaran adakah ianya tercapai.

Wednesday, May 6, 2009

Reka bentuk kajian tindakan

KULIAH 2: REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN
Terbahagi kepada dua bentuk:
a) Projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi
b) Projek akademik dan penulisan artikel ilmiah

Ia melibatkan beberapa proses iaitu:
a) Merancang
b) Bertindak
c) Membuat pemerhatian
d) Refleksi

Aktiviti 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru
Refleksi keatas masalah diri anda

Masalah yang dihadapi:

Selepas pulang daripada Program Bina Insan Guru, saya dapati diri saya masih
1)Kurang keyakinan dalam melakukan sesuatu
2)Tidak berani untuk berucap dihadapan khalayak ramai
3)Ketepatan masa

Penambahbaikan:

Tingkatkan keyakinan dalam diri…galakkan diri supaya terus berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri.
Melatih diri supaya berani berucap dihadapan khalayak ramai
Melatih diri supaya melakukan sesuatu perkara tepat pada masanya….jangan terlewat walaupun sesaat..

Matlamat Umum:

Melahirkan individu atau guru yang berkeyakinan dan berani dalam menghadapi apa jua rintangan

Objektif:

Melahirkan individu yang berkeyakinan
Melahirkan individu yang berani dan tepat pada masa.


Pelan tindakan:

1.Mengenalpasti masalah seperti kurang berkeyakinan, tidak berani untuk berucap dihadapan khalayak ramai.

2.Rancang sterategi

Pertama; muhasabah diri
Kedua ; rancang aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri.

3.Pengumpulan data:

i. Muhasabah diri
ii. tanya pendapat rakan

4.Pemantauan
Muhasabah diri dan tanya pendapat rakan-rakan tentang diri kita.

Sunday, April 26, 2009

kajian tindakan

kajian tindakan ialah satu proses, pendekatan atau langkah-langkah yang digunakan untuk menganalisis data untuk mendapatkan atau meningkatkan kefahaman tentang isu-isu tertentu.



Langkah Tindakan
1 Mengenalpasti masalah / fokus / Isu
2 Mengumpul Data
3 Menganalisa data / membentuk persoalan kajian
4 Merancang Pelan Tindakan
5 Melaksanakan Pelan Tindakan
6 Mengumpul data untuk mengesan perubahan
7 Menganalisis dan menilai
8 Penilaian Impak



Proses Menjalankan Kajian Tindakan

Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:

Proses Tindakan

Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2 Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti.
Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3 Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )
Proses 4 Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )
Proses 5 Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 Bertindak ( melaksanakan rancangan )
Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7 Memerhati ( mengumpul bukti )
Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

• Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.

• Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.

• Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.

• Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.

• Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )
• Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.
• Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.
• Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )

contoh kajian tindakan
Kajian untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.